Anniversary 10th : Denpasar, Bali Indonesia Julai 2017




Assalamualaikum semua... salam 1Malysia.


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt saya masih diberi kesempatan untuk coret-coret dalam bloq ni. hehehehehheheee...

Hari ni saya nak shared pengalaman saya ke Bali Indonesia pula. Harap korang sudilah membaca bebelan saya yer.. huhuhuhuuuuu.

Tahun 2017 ni genaplah usia perkhawinan saya dan suami ke -10 tahun. syukur sangat-sangat sebab Allah swt beri peluang kami untuk sama-sama bina keluarga kecil kami. Semoga bahagia yang Allah swt bagi ni berkekalan hingga ke syurga. aminnnnnn.... (sori jiwang plak!!!)

Macam biasa lah bila nak buat plan jalan-jalan maka wujudlah sampul-sampul / tabung-tabung jalan. Plan nak ke Bali ni sebenarnya plan rahsia saya sendiri. Konon-konon nak buat suprise kat suami. huhuhuuuu.. Sebabnya rahsia, jadi booking tiket pun rahsia la. Kali ni saya booking melalui Malindo Air plak. Fisrt time sebenarnya nak naik Malindo ni. Kena google jugak la masa mula-mula nak booking ni. Alhamdulillah senang dan mudah je bagi yang fisrt time macam saya ni. Jangan risau erk.. Kos saya dan suami untuk tiket RM3++ juga. Murah jugak untuk tiket + bagasi + makan dalam flight. Ni beli masa time Malindo buat promosi..

Hari Pertama : 21 Julai 2017 (Jumaat)


KLIA 1


Flight kami ke Bali 7.45 pagi. Jadi macam biasa kena la datang awal 2 jam sebelum berlepas. Time ni kami da chek in bagasi. okey cakap pasal chek-in, korang boleh chek in kat web Malindo 48jam sebelum berlepas. Kemudian print la detail boarding pass tu, nanti sampai kat kuanter bagi salinan tu untuk diorang tukar kepada boarding pass yg lebih proper..

Tempoh masa perjalanan dari KLIA ke Denpasar Bali lebih kurang 3 Jam 30 Minute. Lebih jauh di bandingkan dengan Jakarta kan... kebas juga duduk lama-lama dalam flight. Masa nak sampai ke Bali tu flight kami tu kena berlegar-legar kt udara.. adalah dalam 20 minit kot. Sebab masa tu line tengah busy. Banyak flight nak landing jadi kenalah amik giliran. Sempatlah kami bertawaf 4 pusingan masa tu.. hahahahahhaaa..

Sampai je kat Airport Denpasar tu kenalah lalui keselamatan imirgresin diaorang. Dari penilaian saya, diorgang punye tahap pemeriksaan keselamatan agak ketat. Tapi dari satu segi bagus untuk keselamatan negara diaorang. Sebab kese-kes dadah kan banyak kat Bali ni. Satu tips ketika kat Airport jangan sebut perkataan "BOM" dan jangan jadi orang baik hati tolong jaga barang orang lain... nanti anda jadi mangsa plak.. huhuhuuuu... Time chek tu suami saya kena chek lebih. Sebab muka berjanggut kot! hahahahahha... 

Lepas keluar dari Airport kami dah ada yang tunggu kami.. sebab plan ke sana nk honeymoon maka wajiblah amik pakej sesuai. yer dok! hahahahhhaaa target ni mmg nk enjoy dengan pakej dan tak nak serabut2 pikir pasal itinery.. Biar orang lain yang pikir 

Denpasar Airport; dapatlah kalungan bunga sebagai sambutan :D

Aktiviti pertama kami lepas sampai mestilah makan... Masing-masing perut pun dah laparkan, jom kita makan... nyum nyum... tadi dalam flight memang la dia sediakan makanan. Tapi boleh plak Pramugari tu bagi vegetarian meal... huhuhuuuu kami nak makan lauk! alamatnya memanglah tak habis..

Lepas makan, aktiviti kami diteruskan ke Tanah Lot Temple. Kat sana apa yang boleh saya ulas, diaorang memang banyak sangat temple. Diaorang sangat menjaga budaya dan adat resam mereka. Agama utama mereka Hindu. Bunga sebagai satu perkara yang wajib ada. Disana bunga dan orang lelaki bukan perkara yang pelik sebab diaorang akan selit bunga kemboja kat celah telinga.. Nak citer pasal view di Tanah Lot Temple ni memanglah cantik. Cantik betul ciptaan Allah... rasa nyaman sangat.. dengan angin dan sejuknya. Kalau biar memang mau terlelap.. nah kita belanja pic kat sana. serius cantik tempat yer.

Habis pusing-pusing sini kami berdua barulah bergerak balik ke Hotel untuk rest!

En. Suami siap buat lompat bintang... Time ni air surut boleh turun sampai ke bawah


Tanah Lot Temple





Sepanjang kami di Bali, kami menginap di Alron Kuta Hotel. Macam biasalah kalau dah pakej hooneymoon wajiblah ada sambutan bunga-bungakan.. ni saya belanja pic bilik kat sana. 

Disambut dengan angsa cumei dengan taburan bunga ros! hehehehe...


Hari ke Dua : 22 Julai 2017 (Sabtu)

Aktiviti hari ke-2 kami akan buat aktiviti air. Jadi sebelum tu kena breakfast dulu kat hotel...nyum nyum...

Minum dulu..

Lepas minum pagi, tepat jam 9.00 pemandu pelancong kami Pak Chairol Anam da sedia menunggu. Kami terus dibawa ke Tanjung Benoa untuk aktiviti air. Masa mula-mula kami sampai tu saya memang dah excited sangat.. dalam hati nak buat banyak aktiviti kat sini. Nak naik Parasailing, jetsky, Sea Walker... banyak lagi la..hehehehheeee..

Tiba je disana kami terus disambut petugas yg handle aktiviti air. Sebenarnya dia ada banyak kedai (tempat) sepanjang pantai tu. Kita boleh pilih mana nak pergi. Kami sebab baru pertama kali ke sini jadi ikut jela pak Anam ni bawak kami. Kemudian dia akan bagi kita katelog aktiviti. Dalam katelog tu ada senarai aktiviti dan harga. Kemudian dia akan bagi harga by USD atau harga local. Kami dia bagi harga tempatan hehehehheeee... Rate dia agak mahal sebenarnya tapi sebab memang teringin nak buat, kita pejam mata je la erkkkk.... jadi tepakslaj kita skip untuk duit shooping..huhuhuuuu..

Aktiviti first yang kami pilih...(sebenarnya saya yg pilih. Encik suami ikut je hehehehheee redha) Sea Walker. Harga untuk satu pax 650ribu RP x 2 : 1j300 ribu RP tambah 500ribu RP untuk gambar dan video jadi total 1J800ribu RP... mahalkan! kami kemudian diberi pakaian swimsuit untuk aktiviti tu, Lepas dan tukar pakaian kami bergerak ke laut dengan menaiki sebuah bot. Dari pantai ke tempat Sea Walker tu anggaran 10 minit perjalanan.. jauh jugakkan. Mean... dalam tu! huhuhuuuuu. Tiba rasa mcm mabuk laut time tu. Mula skit menyesal. betul ke tindakan ni. Dalam hati dah pikir macam-macam... kalau lemas huhuhuuuu
Sampai je kt tempat tu kami siap2 untuk turun. Bila tengok suami turun terus rasa cuak ya amat!!! nyesal sungguh... hahahahahahhaaa.. tapi bila da turun tengok dalam laut... wowwwwww cantiknya ciptaan Allah! ikan cute sangat.. rasa nk goreng je! hahahahahaha. 

Sea Walker!! nampak ikan yg cantik tu?! best tau...


Lepas habis aktiviti sea walker balik semula ke pantai. time balik ke pantai sekali lagi kena mabuk laut. macam rasa nk muntah.. pening-pening lalat. terus cancle aktiviti lain bila pikir seram masuk laut tdi tak hilang lagi. Dengan tgok aktiviti air diaorang bercampur baur mmg nampak seram... hahahahha

Oleh kerana masa panjang lagi sebab selalu aktiviti air ni sampai petang tp sebab saya ni dah mabuk laut Pak Anam terus cadangkan kami skip dan terus g SPA untuk massage...best yerr!!! hahahahha. Aktiviti ni sepatutnya berdua dengan suami tapi sebab takda tukang urut lelaki terus suami tak jadi nak joint.. hahahahha lega dalam hati den!! suami memahami ropernya..kihkikihhhhh mana boleh orang lain pegang suami kita kan!

Sedap sangat urut badan sampai 2 Jam masa berlalu tak sedar. Suami kat luar duk main game je. sian dia... hahahhahahahahaa

Muka ceria nak masuk Spa hehehehheee...

Habis Spa lebih kurang 2 jam tu kami terus gerak ke Pendawa Beach. Tempat ni pun cantik tau. nyaman je rasa. Malas nk cakap banyak kita belanja pic skit erk..

Pandangan dari atas


Dah turun ke bawah

Lepas habis pusing di Pendawa Beach kami bergerak ke Uluwatu Temple. Tempat ni pun sangat la cantik. Kat sini diorang bina temple dan ada persembahan kecak dan fire dance untuk pengunjung. Bayaran masuk dikenakan tapi lupa pulak nak tanya Anam tu berapa harga yer. Korang boleh google yer nanti..

Kecak and Fire Dance

Cantikkan pemandangan dia... wow sangat!

Layan sunset tepi laut sambil tengok Kacak dance..

Diner tepi laut.. nyumiiiiiii... gambar en suami tak da sebab dia tukang tangkap pic :D


Hari ke Tiga : 23 Julai 2017 (Ahad)

Aktiviti diteruskan untuk hari ke 3 dengan Kintamani Tour. Tapi sebelum kita breakfast dlu kat hotel kasi kenyang hehehehheee....

Jam 8.45 Pagi kami mula bergerak ke Sanur. Perjalanan memakan masa dalam lebih kurang 30 minit dari hotel. Sanur ni terkenal dengan persembahan Kriss and Barong Dance dia. Seperti biasa tarian-tarian diaorang terkenal dengan mitos pasal agama-agama mereka. Dewa-dewa dan dewi-dewi diaorang dan last persembahan ialah gunakan pedang. Macam mana diaorang gunakan senjata mcm keris dan parang dengan menikam perut mereka tapi langsung tak luka. Mengikut cerita Pak Anam ni, dulu ada sorang penari pedang diorang yang buat aksi tikam badan di luar kawasan temple ni dan meninggal sebab pedang tu tembus jantung. Ikut cakap-cakap orang disini, diaorang klu nak buat persembahan macam tu wajib di kawasan tu sahaja jika langgar pantang dah tak kebal lagi... betul ke tak itu tak dapat dipastikan yer... hahahahahhaa

Barong Dance

Seterusnya lepas habis layan kriss and barong dance nie kami terus bergerak untuk aktiviti seterusnya ke Ubud Village. Disini kami dibawa untuk melihat industri batik, silver dan lukisan. Nak sembang pasal batik macam yang selalu kita tengok kat Malaysia je. Harga diaorang boleh tahan mahal. Jadi kami just tengok-tengok je huhuhuhuuu.. Kedai silver tu sempatlah beli sepasang subang untuk anak dara teman. Harga boleh tahan harap kualiti bagus seperti yg dicanangkan. Tapi yang lebih buat dia jadi special tu sebab nama kedai tu.. YAN YAN Silver!! hahahahahhaaaa akak punye kah? jeng jeng jeng.. ada shared kot jdi boleh main amik la erk?!!! gituw

Betulkan YAN YAN Silver... 


Habis je shopping kat YAN YAN Silver tu kami terus bergerak ke Kintamani sebab nak lunch. Katanya tempat tu atas bukit dan agak sejuk berangin.. tak sabar nak naik bukit tp mula risau sbb mabuk.. 
Sepanjang perjalanan menaiki bukit tu dapatlah tengok pemandangan rumah-rumah tradisional masyarakat Bali. Rumahnya agak kecil dan comel. Macam biasa wajib ada temple kecil diorang kt atas bumbung atau sama tinggi dengan bumbung.. Sebelum sampai tu kami sempatlah singgah ke Bali Coco and Coffee. Macam-macam jenis kopi ada kat sini. Special tentang kopi dia biasalah kopi luwak. Mesti pernah dengarkan kopi luwak? mana yang tak tau apa itu kopi luwak, ia sejenis kopi yang diproses dari najis musang!!! errrkkkkk... hahahahahhaaa terus terang saya geli nak minum..

Disini dia akan hidangkan kopi untuk sample percuma. macam-macam jensi kopi antara yang ingat kopi perisa, vanila, manggis, durian, pandan, koko dan banyak lagi. Semua kopi ni dia bagi percuma untuk try. Jika nak bawak balik kena beli yer. Time tu macam biasa suami saya yg memang peminat kopi je duk habiskan. Cuma kopi luwak sahaja kena bayar jika nak minum. Siap Oder satu cawan tu.. Sempatlah tanya adik yang guide kami tu berapa gaji kalau kerja kat sini, dia cakap paling mahal diorang boleh dapat 500Rp sebulan.. OMG!!! siankan.. tapi diorang tak kisah. Orang Bali sangat susah nk berhijrah tempat lain tau. Sebab jika diorang keluar dari Bali, ritual keagamaan tu susah nak buat nanti.

 Oppsss lupa nk story, kalau anda ingin melawat Bali, elakkanlah pergi pada bulan Mac yer.. sebabnya pada bulan tu akan ada satu perayaan yang dipanggil "nyepi" : sepi... time tu semua orang termasuklah pelancong tidak dibenarkan keluar dari rumah/ hotel selama lebih kurang 12jam.. duk la dalam rumah/ bilik. Dan lampu keseluruhan Bali akan dipadamkan. memang sepi sungguh..

En. suami sedangkan cuba merasa semua kopi 

Lepas layan kopi luwak dan pelbagai jenis kopi yang lain kami pun sambung perjalanan untuk lunch atas bukit tadi. Nak g makan tapi menyinggah macam tak reti lapar.. hahahahahhaaa.. 
Sepanjang perjalanan ke atas, boleh lihat aktiviti pertanian diorang dengan tanaman buah-buahan. Limau tanaman utama diaorang. Time tu geram ye rasa nak berenti dan petik buah limau hahahahahhaa... siap pesan dengan Anam nak singgah beli limau tapi Anam suruh tunggu makan di puncak saja..

Akhirnya sampai. Best sambil makan tengok pemandangan. Sejuk tau sini!!!


Lepas makan dan nikmati pemandangan yang owesome kami pun  geraklah turun kebawah. Lepas ni nak pergi tengok Padi bukit di Tegallalang. Sampai je kat sana boleh nampak padi di tanam di batas-batas bukit belakang rumah. Ramai orang masa tu, jadi kami decide untuk lepak kat atas jer tak payah turun. Tengok orang lain yang turun jenuh berpeluh-peluh bila naik.. hahahahahhaha kang busyukkkk!!! wekkkkk
Okey saya belanja pic lagi yer. 
Minta budak tempatan tlg tangkap pic skli bukan percuma ya. semua harus dibayar!!! kihkihhhh



Last aktiviti kami diteruskan ke Agung Bali untuk beli sikit souvenir untuk sahabat-sahabat. Tapi kat sini bukanlah syurga beli belah macam di Bandung/Jakarta.. huhuhuuuu aura nk bershopping pun takda. Last kami minta Pak Anam turunkan kami ke Hard Rock Cafe nk santai-santai layan malam di tepi pantai kuta, lihat deretan kedai-kedai sebelum kami berdua menapak balik ke Hotel.. sekali bila dan menapak nak balik ambik kau... 7km kot!! kurus terus lemakku..hahahahahhaaa

Hari ke 4 : 24 Julai 2017 (Isnin) last day!!

Hari akhir di Bali.. rasa baru je sampai dah nak balik yer. Hari ni takda aktiviti apa sebab kami akan bergerak balik ke Malaysia jam 11.00 pagi. Lepas packing barang terus pergi minum dan chek out hotel. Masa tu Pak Anam dah sedia menunggu. Nampak sedih je Pak Anam bila nak hantar kami balik. Lawak pulak bila dia asyik sebut kejap je abang dan ibuk nak balik. kapan bisa ketemu lagi... orangnya baik dan ramah. Sesiapa nak kesana bolehlah berhubung dengan Pak Anam ni yer ditalian +62 812 1771 3777 untuk perkhidmatan guide muslim terbaik. Bolehlah deal dengan dia. Insya Allah dapat harga best punyerr...

Masa nak balik tu sempatlah kami berposing depan hotel untuk kenang kenangan... Sekian dulu coret-coret Bali. Insya Allah jumpa lagi next destination Hatyai-Krabi. Kali ini kami akan pergi dengan kawan-kawan pejabat pulak. Tungggguuuuuuuu!!!!


Alron Kuta Hotel


Breakfast dulu sebelum chekout



Sampai Jumpa lagi Bali...


Muka cuak untuk hadap IV esoknya.. hahahahhaha masa jalan tak hengat!!












































Ulasan

Catat Ulasan