BANDUNG 2015!!

Alhamdulillah saya dan suami telah selamat bercuti di Bandung Indonesia. Nak shared sikit pengalaman semasa disana. Mana tau boleh dijadikan panduan pada orang lain. Insyaallah...

Oleh kerana rata-rata blogger dah banyak sangat bagi tips semasa melawat di bandung kali ni saya nak shared tips berlainan skit. Tips jimat semasa dibandung. Saya nak kongsi pengalaman saya bercuti sambil berjimat semasa disana!!!!

Bohong la kalu saya kata nak g bandung sebab nak jimatkan. Sebab orang rata-rata nak ke Bandung sebab disanakan syurga beli belah. Jadi saya kongsi tips untuk jimat benda lain agar bajet untuk shopping dapat dilebihkan..hehehehhehehe...

1. Kenderaan berpemandu - saya ambil pakej ini dalam blog orang lain. Kebanyakan mereka iklankan dalam blog2 tersebut. Buat perbandingan harga untuk dapatkan harga dan tawaran yang menarik. Bagi yang berani boleh sewa kereta sahaja dan bawak sendiri. Tapi memandu di Bandung sangat mencabar. Rata-rata pengguna lalu lintas tak ikut peraturan. Kalu berani boleh try hehehhheehe.. tapi saya mmg angkat tangan awal-awal.

Untuk pakej ini saya dapat harga paling murah dari banyak2 syarikat yang ada. IDR 1,510,000.00 dalalm RM lebih kurang RM414.50 untuk 4 hari 3 malam.

2. Hotel - Saya booking awal2 semasa di Malaysia. Saya cari hotel bajet jer. Sebab hotel untuk tidur malam jer hehehehe.. Hotel yang saya pilih ialah Pop! Hotel Bandung. Agak murah juga untuk 4 hari 3 malam RM280.26. Dalam rupiah tak kira plak..hehehehe... Saya booking melalui Trivago je. Lebih mudah dan senang. Tinggal Click, click jerrr.

3. Tiket Flight - Wajib beli semasa promosi. Sebab skang nk bajet untukkan barang shoppingkan. Dapatkan tiket anda dari Air Asia yer.. Tiket saya untuk 2 dewasa dan 1 baby (Termasuk airport tax semasa di bandung : Dulu bayar kemudian semasa di sana tapi skang sudah termasuk dalam harga tiket)
Harga tiket saya RM690.40 untuk pergi balik. Korang boleh cari harga lagi murah dari ni.

4. Makan - Sebab saya ambil pakej kenderaan berpemandu je kan.. jadi makan kena tanggung sendiri. Kelebihan makan sendiri kita boleh pilih menu. Sebab kalu amil pakej semua menu sangat terhad. Sangat bajet. Menu mereka wajib mesti ada tempe huhuuuuuu...Untuk 4 Hari 3 malam kami disana kami habiskan untuk makan dalam RM350.00 agak mahal juga tapi kami puas hati sebab boleh pilih menu sendiri apa nak makan. Kalu korang nak lagi jimat boleh pilih menu biasa hehehehehe...


Total keseluruhan wajib ada semasa saya disana adalah sebanyak RM 1735.16 untuk 2 dewasa dan 1 bby.
Bagi yang nak lagi jimat korang boleh potong mana2 yang dirasakan xperlu atau dapatkan lagi murah.
Kebanyakan kos ni dah selesai separuh. contoh mcm tiket dan hotel. kami dah selesaikan awal2 dari Malaysia lagi. Jadi hanya bayar kenderaan dan makan saja. Lain2 mmg habis untuk shooping semata-mata hehehehhee....

Percutian kali ini kami mmg merancang nak pergi tempat2 yang kami tak pernah pergi lagi. contoh transtudio bandung, stawbery park,dll.. kami tak masuk pun. just datang tangkap gambar je. hehehehhee..
Tapi kami pergi ke Tangkuban Perahu. cuma bayaran sudah mahal skg. Kalu dulu hanya IDR75,000.00 rupiah dalam (RM20.00) tapi skang IDR 300,000.00 (RM82.00) untuk sabtu-ahad  dan IDR 200,000.00.....

Banyak lagi nak shared sebanarnya. Tapi banyak kerja hakiki da tertangguh... sampai jumpa lagi.. TATA!!



Ulasan