Pengalaman Percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam
Assalamualaikum w.w.w
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya semasa percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada pertengahan November 2014 yang lalu.. mak aiiii. Dah berkurun baru nak up date!!! huhuhuuuu...
Jadilah dari tak up date langsungkan. hahahaha...
Saya bersama suami dan adik-adik ipar bersama biras telah bercuti ke Ho Chi Minh City pada 11 - 20 November 2014 yang lalu. Macam biasa, setiap kali pergi bercuti saya akan jadi ajen pelancongan tidak bertauliah untuk family saya. huhuhuuuuu ( sebab saya ni kaki jalan dan kaki shoping jadi amik tander la hahahahaa). Kami ke Vietnam menaiki pesawat Air Asia. Syarikat tambang murah yang sangat terkenal heheheheee everyone can fly :D
Nak kasi tips skit, kalau nak dapatkan tiket flight murah dari Air Asia pastikan anda membeli time promosi. Selalunya time promosi ni penerbangannya akan ambil masa 2 atau 3 bulan akan datang. Bermakna anda boleh merancang dari awal. Booking cepat sebelum time promotian habis.. melepasssss...
Ok berbalik kepada kisah Bandar Ho Chi Minh ni mcm semua org tahu adalah ibu negara kepada Vietnam. (Kalau tak tahu leh click2 ek) sekarang mudah. semua dihujung jari hehehhee... Sebelum kesana kami dah plan untuk tidak ambil pakej penuh. Kami rancang ambik half pakej je. Sebab nak jimat. Target kesana sebab nak shopping barang utk berniaga je. Kunun2 nak jadi usahawan :D.
Hari Pertama :
Mercu tanda Ben Thanh Market
Hari Pertama kami sampai terus cari hotel. Hotel saya dah tempah dari Malaysia lagi. Guna Trivago je. Seperti yang di suggest oleh bloger2 sebelum ni ramai yang cadangkan kami booking hotel disekitar Ben thanh market.. Hotel yang kami pilih Saigon Pink 2. Oleh kerana ini merupakan pengalaman pertama ke sana, kami agak risau. Jadi atas pertimbangan dan cadangan rakan2 blogger kami putuskan untuk bookin hotel tu je. Satu je ulasan kami tentang hotel tu... hurrrmmm sangat mengecewakan!!! hahahhahaa... layanan staff diorg agak xbest dan lagi tak best bila bilik kami asyik bermasalah. Dengan air cord xda, elektrik xda... huhuhuuu lagi azab kena tukar hotel lain malam2 buta. Dah macam pelarian plak kami hahahahhaaaa... tapi sebb dah booking kami layankan je. Dalam hati syukur jugak sebab tak bawak orang tua datang atau anak2. Kalau tak lagi sangat menyusahkan. Betui tak! hahahaha... Hanya satu sebb je hotel tu jadi tumpuan pelancong terutama orang Malaysia, sebabnya ia berdekatan tempat shopping. Jalan kaki je... tu je la pengubat hati kami heheheheee... kami pusing2 sekitar tu je jalan kaki.
Hari Kedua :
Hari kedua kami dia sana, kami dibawa oleh ejen pelancongan yang uruskan transport kami. (Half : Transport). Kami dibawa ke Sungai Mekong. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 3 Jam lebih kurang (Lupa dah). Disana kami kami dibawa makan di satu masjid . Masjid tu ada sediakan perkhidmatan macam restoran. Kebanyakkan yang makan disitu adalah pelancong. Makanan yer agak sedap kalu nak dibandingkan makanan yang ada di Ho Chi Minh huhuhuuuu.. Kalau saya cerita pasal makanan di Ho Chi Minh panjang berjela plakkan. hahahahahhaaa... Di sungai mekong ni, kami dibawa menaiki bot kecil menyusuri sungai tersebut. Seronok juga. Lagi2 dia bagi kita pakai topi mcm org tempatan.. best!
Inilah orang yang bawak kami naik bot tu. Dia kayuh sendiri guna tangan. Kuat kudrat yer... untie ni senyum sebab kami duk menyanyi time dia dayung sampan tu. hahahaaaa
Hari ke Tiga :
Hari Ketiga kami kat sana pulun Shopping barang la. Plan nak berniaga kecil-kecilan kain Cotton. Vietnamkan terkenal dengan kain cotton yang best2. Dapatlah beli 50 helai kain pasang. Jadilah karang terlebih berat bertambah kos plakkan. Sebab dari hari pertama sampai kami dah memborong. Dalam hati risau jugak kalu terlebih berat. Tengok adik ipar bukan main lagi memborong. Apapupun memang seronok sekali bila jumpa tempat shooping sampai lupa orang sebelah hehehehhehe...
sesiapa yang nk rasa nikmatnya berjalan sambil shooping kain bolehlah kesini.
cukuplah sampai sini dlu coretan sya. jumpa lain lembaran... bye bye..
sesiapa yang nk rasa nikmatnya berjalan sambil shooping kain bolehlah kesini.
cukuplah sampai sini dlu coretan sya. jumpa lain lembaran... bye bye..
Ulasan
Catat Ulasan