Perjalananku ke Seoul, South Korea April 2017
Assalamualaikum semua,
Hari ni saya rajin nak kongsi pengalaman saya bercuti bersama suami ke Seoul, Korea. Saya dan suami dah plan lama nak ke sana. Sebab dah berhajat sangat kena la mulakan misi dengan wujudkan tabung ke korea hehehehee macam biasalah orang suka jalan ni memang banyak tabung!
Pencarian pakej kami cari dari April 2016 lagi... kira genaplah setahun. kami plan pergi berdua je sbb nak ikut Backpacker yang kami servey kat FB. Cuma nak ingatkan, kena hati2 pilih pakej sebab sekarang ni ramai yg kena tipu.. tambah zaman2 kurang ekonomi ni huhuhuuuuu setiap sen berharga! cewahhhh...
Ok berbalik pada story mcm ne kami jumpa team Backpacker ni.. mula2 memang rasa ragu-ragu sangat! ialah ia melibatkan duit yg agak banyak juga kan... Dia plak tawarkan harga mmg mampu milik utk kami. memang tak lepas peluang la. Oleh kerana kami antara orang yang terawal booking dengan dia dapatlah harga promosi RM1699 All in tau untuk seorang utk 5 hari 4 malam... Murahkan!!!! yeahhh.. Yang best ye dengan diorang, kita boleh bayar secara ansuran sampailah habis bayar..hehehehhe... takda la rasa gedebuk skli bila sekali bayarkan.
| Geng Jom Backpacker !! |
Selepas selesai hantar anak-anak kat kampung, kami berdua bergerak ke KLIA 1. Kami sampai lebih kurang jam 4.30Pg. Sebab jadual Flight kami jam 7.30Pg. Masa tu, tiket semua dah ada dengan agen. Kami terus check-in bagasi dan masuk untuk pemeriksaan kastam. Alhamdulillah semua di permudahkan. seram jugak takut sangkut dengan kastam, sbb masa Nov 2016 lepas saya sangkut sebab PTPTN.. huhuhuuuu pucat muka masa tu. Time tu nk ke Ho Chi Minh ngan family...hahahahahha..klu nak cerita bab PTPTN ni memang panjang... lain kali la ye..
![]() |
| Passpord dan tiket China Airlines dah sedia!!! |
Kami berlepas ke Taiwan sebelum transit ke Seoul. Masa transit tu lebih kurang 5jam 30 minit. Oleh sebab masa yang panjang dan ahli group yang tak ramai cuma 5 orang termasuk guide kami semua putuskan untuk keluar jalan2 sekitar bandar Taiwan... Bolehlah merasa tengok Taiwan dan tambah cop kat buku. hahahaha..
Pandangan saya tentang Taiwan ialah Orang-orangnya agak tegas, kurang peramah, cuaca agak lembap dan sejuk (berangin), pembangunan dan pertanian yang seimbang. Lepas habis pusing2 Taiwan dalam 3 jam dengan menaiki teksi, kami pulang semula ke Airport untuk teruskan perjalanan kami ke Seoul. Perjalanan dari Malaysia ke Taiwan dalam 4jam 30minit perjalanan dan dari Taiwan ke Seoul dalam 2 Jam.. Masa yang agak panjang dalam kapal kadang2 sampai naik kebas punggung tau..hahahahha tapi sebab kita naik China Airlines adalah sikit hiburan. So takdalah bosan sangat. Bolehlah layan movie, muzik dan sebagainya. Makanan halal diorang pun best! hehehehhe..
![]() |
| Dalam Kapal terbang :D |
Kami sampai Seoul dalam jam 9 malam waktu tempatan. Kalau di Malaysia jam 8malam. Badan pun dah letih. Guide kami cadangkan kami amik van limosin airport je. Bayaran dalam 80ribu won. Lebih mudah sebab kami tak ramai walau agak mahal. Biasalah bila sampai sini kita jadi orang miskin la. hahahahha..
Incheon Airport ke Hostel yang kami tempah tu dalam sejam perjalanan. Jauh gakkan.. Tapi sebab sampai pun dah malam memang tak nampak pemandanga apa-apa pun. Cuma dapat rasa je cuaca sejuk dan berangin...
![]() |
| Inilah hostel yang kami menginap. |
Korang yang plan nak kesini dan jimat boleh menginap disini. Tapi kena booking awal tau sebab memang sentiasa penuh dengan orang Malaysia. Walaupun dia taraf Hostel je, tapi ok la dengan bilik ada bilik air sendiri, Tv, Aircornd (kalau korang rasa tak cukup sejuk) dan peti ais.. Ok sgt kan.. yang lagi bestnya sini, diorang ada sediakan dapur untuk masak sendiri. Makanan halal kat sini mahal dan susah nak cari. Jadi baik masak puas hati! hehehehhe walau hakikatnya makan megie je kihkiihhhh..
Ok malas nak cerita panjang. Pandangan saya berkenaan orang Seoul ni, mereka memang pandai berfesyen!! Tua muda semua memang gila fesyen. Kedai alat make up memang merata..
Okeylah jom layan gambar2 saya dan suami sepanjang kami bercuti disana! Ada rezeki nak bawak anak-anak time musim winter plak.. aminnnnn
JUMPA LAGI LAIN MISSION!!! Tabung Tokyo 2018 plak! Ameennnn insya ALLAH :D













Hujung April..mcmana cuaca di seoul.? perlu bawa.baju tebal2 ,tak? Trip sy 21 April 2018
BalasPadamSory baru dapat membalasnya. Dah sampai koreakan? amacam bestkan..
Padamrindu nk kesana lagi..
Hujung April musim bunga tue! Sejuk2 berangin..
Apapun selamat bercuti yer.. :D